Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana mengunjungi laman web Sekolah Tinggi Batu Pahat(HSBP).

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sekolah Tinggi Batu Pahat telah dianugerahkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013. Penganugerahan ini diberikan sebagai pengiktirafan atas kejayaan HSBP dalam peperiksaan-peperiksaan awam termasuklah Penilaian Tahun  3, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Di samping itu pencapaian murid-murid dalam kegiatan Kokurikulum, peningkatan sahsiah murid serta kecemerlangan pengurusan turit diambil kira.

Sehubungan itu HSBP dengan moto “Kini atau Kecewa” turut menampilkan slogan  “Bersama Melakar Kecemerlangan” . Ini bermaksud seluruh warga sekolah ingin bekerja dalam satu pasukan secara bersama-sama ke arah kecemerlangan sekolah. Hala tuju kami  ialah ingin menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  tahun 2019 nanti. Oleh itu besarlah harapan kami untuk mengajak khasnya bekas-bekas murid (Old Boys) serta masyarakat setempat untuk memberikan pendapat, cadangan serta  pandangan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.

Laman web HSBP ini  turut memaparkan maklumat, gambar-gambar peristiwa serta aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku  di sekolah ini. Diharapkan ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat yang jelas berkenaan sekolah ini. Semoga-moga tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat manfaat.

Sekian, terima kasih

 

HJ SUPIANDI BIN HJ YUSOF               

                Pengetua     

      SMK Tinggi Batu Pahat